Lawatan Perpustakaan Politeknik Seberang Perai

10 Mei 2012 (Khamis) – Tujuh orang staf Perpustakaan Politeknik Seberang Perai telah melawat Perpustakaan Hamzah Sendut bertujuan untuk melihat lebih dekat tentang proses kerja pendigitisan dan proses pembelian buku elektronik. Selain itu, tetamu turut di bawa melawat ke bahagian-bahagian yang terdapat di PHS. Program berakhir jam 12.30 tengahari dan pelawat melahirkan rasa gembira atas layanan mesra yang diberikan.

Chonnam National University, Korea & USM

9 Mei 2012 (Rabu) –  Presiden dan Dekan, Pejabat Antarabangsa dari Chonnam National University, Korea telah meluangkan masa melawat Perpustakaan Hamzah Sendut untuk melihat kemudahan yang disediakan kepada para pelajar. Kedatangan delegasi tersebut disertai oleh tiga orang pelajar dari Korea yang sedang menuntut di USM.
Presiden universiti tersebut turut melahirkan kekaguman beliau terhadap keindahan dan kemudahan yang terdapat di bangunan baharu.

sebuah sajak untuk perpustakaan

Berikut merupakan sajak yang ditulis khas oleh Sasterawan Negara, Prof. Muhammad Haji Salleh untuk Perpustakaan Hamzah Sendut, USM bersempena Pameran Muhammad Haji Salleh : Pengembara Sastera & Ilmu yang berlangsung mulai 18 April – 31 Mei 2012. Hayatilah bait-bait indah penuh makna ini..

 

Pameran Muhammad Haji Salleh: Pengembara Sastera dan Ilmu

Perpustakaan Hamzah Sendut, dengan kerjasama Cenpris dan Dewan Bahasa & Pustaka sedang mengadakan Pameran Muhammad Haji Salleh: Pengembara Sastera dan Ilmu bermula 18 April 2012 – 31 Mei 2012, bertempat di Ruang Pameran, Perpustakaan hamzah Sendut 1.

Pada asalnya pameran ini dijangka berlangsung selama 2 minggu sahaja (18 April – 2 Mei 2012), namun melihatkan sambutan yang menggalakkan serta atas dasar untuk memberi peluang lebih luas kepada pengunjung menghayati susur galur kehidupan seorang sasterawan, maka ianya dipanjangkan sehigga akhir Mei kelak.

Pada 23 April yang lalu, Majlis Perasmian Pameran telah berlangsung di PHS 1 dengan menampilkan persembahan deklamasi puisi karya Prof. Muhammad Haji Salleh di dalam pelbagai bahasa termasuk Mandarin, Sepanyol, Thai dan Jepun, dan diakhiri oleh deklamasi oleh Sasterawan Negara sendiri di dalam bahasa ibunda.  Prof. Asma Ismail (TNC Penyelidikan & Inovasi) bukan sahaja telah merasmikan majlis tersebut, malah turut mendeklamasikan sebuah sajak dalam bahasa Sepanyol.

Semoga program ini dapat memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang kehidupan seorang sasterawan negara di samping memupuk semangat cintakan sastera yang sentiasa dekat di hati kita.

Untuk melayari pameran ini secara maya, sila lawati laman berikut:

http://pameranmhs.wordpress.com/

Tahniah kepada penerima APC

4 Apr 2012 (Rabu) – Tahniah diucapkan kepada 12 orang staf Perpustakaan yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011. Semoga penganugerahan tersebut memberi semangat untuk terus menabur bakti kepada Perpustakaan di masa hadapan, di samping menjadi motivasi kepada staf-staf lain untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan PHS.

 

Jangan lupa hadir ke MyPHS: Hari Bersama Pelanggan

Para pelanggan Perpustakaan yang dihormati,

Marilah sama-sama memeriahkan program myPHS: Hari Bersama Pelanggan yang akan berlangsung pada 3 & 4 April 2012 di Foyer PHS 1. Pelbagai aktiviti dan hadiah percuma menarik menanti anda.

This slideshow requires JavaScript.

MyPHS : Hari Bersama Pelanggan

Para pelanggan Perpustakaan yang dihargai,

Nantikan kemunculan Skuad Pelanggan Perpustakaan Hamzah Sendut di Hari Bersama Pelanggan di ruang legar Perpustakaan. Banyak aktiviti menarik  menanti anda, termasuklah beberapa kejutan buat pelanggan yang bertuah..

Anda mahu jadi pelanggan yang bertuah itu? Apa tunggu lagi, tandakan diari anda untuk hadir memeriahkan program ini pada 3 & 4 Apr akan datang.

Previous Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.