29 Mei 2012 (Selasa) - Perpustakaan Hamzah Sendut telah melibatkan diri di dalam pameran bersempena Hari Bersama Komuniti-Universiti-Industri anjuran Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM)yang berlangsung di Kompleks Cahaya Siswa, Universiti Sains Malaysia.
Pengunjung dari pihak industri dan NGO yang terlibat dalam program ini mengambil peluang untuk mengunjungi pameran Perpustakaan selain mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan terutama kepada pihak luar. Pendek kata, pameran ini berjaya menonjolkan peranan Perpustakaan kepada semua pihak dalam menyediakan informasi dan maklumat untuk tujuan keilmuan.





