20 Jun 2012 (Rabu) – Pada hari ini Koperasi Tadika Minden USM telah diserbu lagi oleh AJK Kempen Membaca, Perpustakaan Hamzah Sendut. Pada kali ini, misi program adalah untuk beramah mesra dengan murid-murid cilik di sana di samping menjalankan aktiviti dan permainan yang menarik seperti cheer loud, spell-it-right, jigsaw puzzle dan pertandingan mewarna. Acara pada kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot tupai tajaan Marry Brown.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan program ini.

























