Tazkirah persediaan Ramadhan

10 Jul 2012 (Selasa)- Perpustakaan telah mengadakan sesi tazkirah bersempena kedatangan Ramadhan tidak lama lagi bertempat di Bilik Pelbagaiguna, PHS 1. Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Nazrul Hassan (gambar), Penolong Pengarah Kanan, Pusat Islam USM dengan tajuk Persediaan ‘Menyambut tetamu agong: Ramadan al-mubarak 1433/2012′ .

Intipati tazkirah berkisar tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh setiap insan bagi menghadapi kedatangan bulan mulia ini dengan 10 langkah:

1. Berasa gembira untuk menyambut Ramadhan

2. Saling memberi ucapan tahniah kepada rakan-rakan tentang kedatangan Ramadhan

3. Membuat latihan rohani & amali di bulan Syaaban

4. Banyakkan berdoa & berharap dapat bertemu dengan bulan Ramadhan

5. Ceriakan rumah menjelang Ramadhan (bersihkan, wujudkan suasana amal, susun jadual)

6. Berpesta ibadah & ekspo kerohanian

7. Bertaubat

8. Lunaskan hutang kepada Allah

9. Selesaikan segala urusan yang mengganggu ibadah Ramadhan

10. Mohon keampunan

Semoga tazkirah tersebut dapat memberikan manfaat kepada semua staf dalam menghadapi Ramadhan yang kunjung tiba tidak lama lagi.

Teringat pesan ustaz di akhir tazkirah tentang orang yang paling rugi setelah berakhirnya Ramadhan ialah ‘ orang yang sambut raya tanpa keampunan Tuhan’.

 

 

 

 

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: