Penutup tirai 2015

Tahun 2015 merupakan tahun yang penuh warna-warni bagi Perpustakaan, bukan sahaja dalam memenuhi kehendak pelanggan yang pelbagai, malahan bekerja keras untuk memenuhi tuntutan-tuntutan baharu yang mencabar. Namun begitu, setiap cabaran dijadikan peluang untuk kami terus berlari ke hadapan dan semuanya terbukti melalui rangkuman program-program berikut:

AUNILO Capability Building Training (9-11 Feb 2015)

foto 1

PHS Clients’ Week (2-6 Mar 2015)

PHS@Komuniti Sg Nibong Pantai – CSR (27-29 Mar 2015)

Jombaca 10 Minit (23 Apr 2015)

jombaca 10 min

PHS@Chemor & PHS@Cameron Highland – CSR (24-26 Apr 2015)

foto 1

foto 2

Pameran Koleksi Nadir & Manuskrip Melayu (11-29 Mei 2015)

pameran khazanah

 Pameran ‘Design Studio HBP’  (25 May – 1 June 2015)

dotism

ICOL 2015 (25-26 Aug 2015)

icol

Bengkel Jom Cari Maklumat (7-22 Sep 2015)

krisalis

PHS@Maktab Mahmud Yan, Kedah – CSR (21-22 Nov 2015)

IMG-20151121-WA0002

IMG-20151122-WA0026

Pameran ‘Back to Nature’ dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kajihayat (3-4 Dis 2015)

back to nature

 

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua staf yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program-program yang dijalankan. Terima kasih juga kepada semua pelanggan perpustakaan yang terlibat. Semoga impak program ini berpanjangan.Nantikan program-program kami yang akan datang!

BENGKEL PERNGORGANISASIAN BAHAN MEDIA, SUMBER ELEKTRONIK DAN BAHAN TERBITAN BERSIRI BERASASKAN RDA (RESOURCE DESCRIPTION DAN ACCESS)

12-14 Mei 2015 – Bengkel anjuran Perpustakaan Hamzah Sendut dengan kerjasama USAINS Holdings sdn. bhd telah diadakan di Makmal 5, PPKT, USM. Bengkel selama 3 hari ini telah dikendalikan oleh Prof Madya Hamidah Hj. Ab. Rahman dan dihadiri oleh 17 orang Pustakawan /Cataloguer dan staf sokongan dari Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS), Pusat Ilmu dan Translational Maklumat (USM), Pebadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (UUM), KDU(Penang) dan UniKL MIMET, Lumut Perak.

Semoga semua peserta akan memperolehi pengetahuan dan kefahaman mengenai Resource Description Dan Access (RDA) dan berupaya mewujudkan rekod bahan perpustakaan berasaskan peraturan RDA

.DSC_1124 DSC_1132 DSC_1138 DSC_1144 DSC_1164

Makmal Perancangan Strategik PERPUN 2014

10-12 Dis 2014 – Seramai lebih kurang 36 orang Ketua-Ketua Pustakawan dan Timbalan Ketua Perpustakaan Universiti telah berkampung selama tiga hari di Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia bagi menjayakan Makmal Perancangan Strategik, Persidangan Ketua-Ketua Pustakawan Perpustakaan Universiti & Perpustakaan Negara Malaysia (PERPUN).

Di majlis perasmian pada hari pertama, dilihat Timbalan Naib Canselor (Bahagian Penyelidikan & Inovasi) Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr Muhamad Jantan turut hadir bagi menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan majlis yang penuh bermakna ini. Beliau menekankan tentang kepentingan pustakawan untuk memposisikan kedudukan mereka di era moden ini supaya kekal relevan di mata pelanggan. Dengan wujudnya pelbagai gajet dan teknologi terkini yang membolehkan capaian maklumat sekelip mata, pustakawan seharusnya merasa tercabar dan justeru perlu merancang strategi baharu bagi menangani isu ini dengan bijaksana.

Makmal ini dilihat berlangsung lancar dengan setiap kumpulan menghasilkan pelan masing-masing untuk tempoh 3 tahun ke hadapan. Setiap kumpulan yang terdiri dari 6 atau 7 orang ahli akan memfokuskan perbincangan kepada topik-topik yang telah diberikan iaitu melibatkan pemerkasaan Perpun, dasar dan polisi, perkongsian maklumat dan sumber, pembangunan profesion, kewangan dan memposisikan perpustakaan.

Di akhir sesi, setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka untuk sebarang komen atau cadangan penambahbaikan. Alhamdulillah diakhirnya, sebuah pelan perancangan strategik berjaya dibangunkan untuk menjadi panduan kepada semua ahli untuk tindakan masa hadapan. Diharapkan kesemua pelan yang dirancang semasa makmal ini akan direalisasikan dengan cemerlang seterusnya berjaya mengangkat martabat bidang kepustakawan ke tahap yang lebih membanggakan.

edited NEW
DSC_0896 DSC_0891 DSC_0033 DSC_0029 DSC_0020 DSC_0011 DSC_0003 DSC_0882 DSC_0878 DSC_0867 DSC_0837 DSC_0843

PHS@Al Itqan: hari pusat sumber

16 Okt 2014 – Perpustakaan Hamzah Sendut meneruskan bakti kepada masyarakat melalui program Hari Pusat Sumber bertempat di Sekolah Rendah Al Itqan, Teluk Kumbar. Seramai lebih kurang 25 orang petugas PHS dari JK Kempen Membaca & JK Hari Bersama Pelanggan terlibat sama dalam menjayakan aktiviti ini.

Hari Pusat Sumber berbentuk hari terbuka ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan pelajar kepada pusat sumber sekolah selaku gedung ilmu. Pusat sumber dengan wajah baharu (setelah projek fasa pertama pada bulan Mac lepas) diperkenalkan kepada warga sekolah terutama pihak pengurusan tertinggi sekolah termasuklah pengerusi lembaga pengarah dan pengerusi PIBG. Para murid sekolah seramai 261 orang pula terlibat dengan aktiviti permainan seperti gajah duduk, kerusi berirama, explorace, mewarna dan lain-lain.

Majlis perasmian pusat sumber diadakan diakhir sesi sekitar jam 12.00 tengahari beserta majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang telah diadakan termasuklah hadiah nilam untuk pembaca buku terbanyak bagi tahap satu dan dua.

Secara keseluruhan program ini telah berjalan dengan jayanya dengan kerjasama baik yang diberikan oleh para guru sekolah. Kami di pihak PHS juga berasa amat gembira dapat berhibur bersama warga sekolah di samping mempromosikan pusat sumber sekolah selaku pusat sehenti untuk warga sekolah beriadah minda. Semoga kerjasama PHS dan Al Itqan akan berterusan untuk kebaikan bersama.

16789_10152333853197186_6523688058212183680_n 1525558_10152333861752186_4527142521265341141_n 10153799_10152333853547186_4390201056472221855_n 10403243_10152333853312186_5413261616110249773_n 10449487_10152333853577186_3807185950851569794_n 10624723_10152333855257186_8793998165368436749_n 10646659_10152333853062186_467366961555209337_n 10686723_10152333861897186_4126369758293317820_n 10710931_10152333855682186_6426277968663241743_n 10712989_10152333855247186_5697884391679129368_n 10731115_10152333853247186_541379122393151929_n

#letsreadtogether2014 #phslibrary

22 April 2014 (Selasa) –  Bersempena dengan Hari Buku Sedunia yang disambut pada 23 April, PHS mengambil peluang untuk melancarkan kempen kesedaran membaca di bawah tema ‘mari membaca bersama 10 minit’ / let’s read together for 10 minutes yang turut berlangsung di seluruh negara. Idea asal program ini merupakan cetusan bersama kesemua perpustakaan awam Malaysia yang mengambil contoh gerakan earth hour .

Program berbentuk flash mob ini telah berlangsung di foyer PHS 1 bermula tepat jam 10:00 pagi sehingga 10:10 pagi  disertai seramai lebih kurang 83 orang staf dan pelajar USM.  Semoga usaha kecil ini dapat membuka mata dan minda warga USM khususnya untuk membudayakan membaca bukan hanya untuk 10 minit, malah sepanjang masa kerana membaca itu jambatan ilmu!

_DSF3449  _DSF3454 _DSF3456 _DSF3457 _DSF3458 _DSF3459 _DSF3460  _DSF3462 _DSF3464 _DSF3465 _DSF3466 _DSF3467  _DSF3469 _DSF3472

PHS terbang ke Kemboja

4-8 April 2014 – Setelah beberapa siri program jaringan masyarakat yang dijayakan oleh PHS seperti PHS@Chemor, PHS@Koperasi Tadika Minden, PHS@Tadika Lestari Ilmu dan PHS@Al Itqan, kini tiba masanya PHS melebarkan sayapnya ke luar negara atas misi yang sama. Kemboja telah dipilih sebagai lokasi seterusnya memandangkan sebahagian daripada Pustakawan PHS berada di sana pada 1-3 April 2014 untuk menghadiri mesyuarat Asean University Network Inter-Library Online (AUNILO). Justeru, peluang ini diambil demi menjayakan misi yang diberi nama PHS@Kemboja: reaching the bottom billions.

Seramai 10 orang staf PHS telah menyertai misi ini dengan objektif utamanya membangunkan perpustakaan di salah sebuah sekolah di Kampung Poti In, Kampong Cham, Kemboja. Misi ini tidaklah semudah yang disangka kerana kami perlu membawa sendiri 132 bahan bacaan dari Malaysia untuk ditempatkan di perpustakaan tersebut. Tambahan pula, sebaik tiba di Phnom Penh pada hari pertama, kami terus bergegas membeli rak buku untuk perpustakaan tersebut dan kemudian mengangkutnya sejauh 3 jam perjalanan ke kampung Poti In melalui jalan yang berliku.

Setibanya di Kampung Poti In, kami disambut meriah oleh penduduk kampung yang turut mengadakan kenduri akikah pada hari tersebut. Peluang bermalam di rumah ketua kampung merupakan pengalaman yang sukar dilupakan disamping berpeluang mempelajari budaya masyarakat setempat yang nyata tidak jauh bezanya dengan budaya masyarakat Melayu di Malaysia.

Aktiviti kami berlangsung di Sekolah Agama An Nikmah, Kampung Poti In yang mempunyai lebih kurang 300 orang pelajar. Untuk misi membangunkan perpustakaan, kami telah memasang 2 buah rak buku dan mengkelasifikasikan 132 naskhah buku mengikut tema yang bersesuaian untuk disusun di rak. Gotong-royong membersihkan perpustakaan juga dijalankan dengan bantuan para guru dan pelajar sekolah berkenaan.

Selain misi membangunkan perpustakaan, pihak PHS turut mengambil peluang mengumpul dana untuk memwujudkan perigi dan pam air yang sememangnya menjadi keperluan utama penduduk kampung. Bayangkanlah kesusahan mereka yang terpaksa menjalani rutin harian tanpa adanya sistem paip air, maka pembinaan perigi dan pam air bersih merupakan suatu nikmat yang amat disyukuri. Alhamdulillah, sebanyak 33 perigi dan pam air telah dihadiahkan kepada penduduk kampung hasil sumbangan dari Malaysia.

Misi ini sekadar sebuah permulaan dan sudah pasti ia tidak berakhir disini, bahkan PHS akan terus berusaha mendapatkan dana untuk menambahbaik perpustakaan tersebut selain menambah koleksi sedia ada dari masa ke semasa. Sokongan semua amatlah diharapkan demi membantu golongan yang amat memerlukan.

20140405_140033 20140406_110406 20140406_082117 20140405_134820 20140406_120129 IMG-20140410-WA0023 IMG-20140410-WA0010 IMG-20140404-WA0032

 

PHS@Al Itqan

25 & 26 Mac 2014 – Perpustakaan Hamzah Sendut melebarkan bakti kepada masyarakat luar USM pada kali ini di Sekolah Rendah Al Itqan, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Sekolah ini merupakan sekolah agama swasta yang menyediakan kemudahan pendidikan agama dan lain-lain subjek kepada bukan sahaja pelajar di Pulau Pinang, malahan pelajar dari negeri-negeri lain.

Program ini telah dijayakan oleh Jawatankuasa Kempen Membaca PHS dengan kerjasama Jawatankuasa Hari Bersama Pelanggan PHS. Seramai 20 orang staf PHS dengan dibantu oleh guru-guru sekolah telah berkampung selama dua hari di sini bagi menjayakan aktiviti tersebut. Seperti biasa, kumpulan akan dibahagi kepada dua iaitu kumpulan keceriaan (cat, mural dan susun atur) dan kumpulan sistem (pembangunan sistem dan pengkatalogan buku.

Secara keseluruhan, program ini telah berjalan lancar dengan bantuan dan sokongan pihak pengurusan tertinggi PHS dan Sekolah Rendah Al Itqan. Walaupun keseluruhan proses pengkatalogan buku tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat ini, namun latihan telah diberikan kepada guru perpustakaan sekolah berkenaan supaya proses pengkatalogan buku dapat diteruskan secara beransur-ansur.

Sistem perpustakaan yang digunakan di sekolah berkenaan telah dibangunkan bersesuaian dengan keperluan sekolah untuk memudahkan urusan rekod sirkulasi dan inventori bahan. Sistem yang beroperasi secara atas talian ini akan turut memudahkan pihak PHS memantau aktiviti pengkatalogan dan sirkulasi yang berlangsung di perpustakaan berkenaan. Selepas ini, diharapkan warga sekolah lebih bersemangat untuk memanfaatkan perpustakaan dengan wajah baharu yang lebih ceria disamping sistem pinjaman dan pemulangan buku yang lebih sistematik.

Harapan kami di PHS agar pihak sekolah dapat memaksimumkan penggunaan perpustakaan sekolah serta menjayakan agenda kami untuk membantu membangunkan lain-lain perpustakaan yang memerlukan terutamanya di sekitar pulau mutiara ini.

itqan3 itqan itqan2

Minggu bersama pelanggan PHS

3-6 Mac 2014 – Kemeriahan dirasai di Perpustakaan Hamzah Sendut dengan berlangsungnya Minggu Bersama Pelanggan PHS 2014 disertai pelbagai aktiviti menarik khas untuk para pelanggan perpustakaan.

Jualan buku, barangan IT dan bazar pakaian berlangsung di hadapan PHS 1 dan Dewan Tuanku Syed Putra menampilkan pelbagai pilihan untuk para pengunjung. Tambahan pula, para pelajar berpeluang untuk menggunakan Baucer Buku 1Malaysia yang baru sahaja diterima setelah mendaftar masuk ke semester baharu. Selain itu, pihak penganjur turut mengadakan seminar intelektual dan pameran koleksi syarahan umum Profesor USM bertempat di ruang santai, PHS 1. Seminar yang dibuka kepada umum ini telah berlangsung dengan jayanya mulai 3-5 Mac 2014 dengan pengisian 13 sesi pembentangan.

Manakala pada 5-6 mac 2014, kemeriahan dihangatkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti lucky draw, permainan information hunt, wheel of fortune, happy hour free drink dan lain-lain. Lebih meriah, kumpulan band USM turut serta memainkan lagu-lagu secara live.Selain itu, PHS mengambil peluang untuk mengadakan jualan amal dan kutipan sumbangan untuk program PHS@Kemboja yang akan diadakan pada April 2014.

Secara keseluruhan, aktiviti ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Semoga aktiviti ini akan dijadikan salah satu aktiviti tahunan Perpustakaan dalam usaha untuk mendekati dan menghargai para pelanggannya.

IMG_9623 IMG_9651 IMG_9647 IMG_9572 IMG_9582 IMG_9619 IMG_9558 IMG_9555 IMG_9541 IMG_9525 IMG_9534 IMG_9539 IMG_9658

PHS 1 berwajah baharu

9 Dis 2013 – Perpustakaan Hamzah Sendut 1 (PHS 1) dengan rasminya dibuka semula kepada para pelanggan setelah menjalani proses ubahsuai dan pendawaian semula. Rata-rata pelanggan melahirkan rasa lega dengan pembukaan ini setelah sekian lama menanti. Bagi pihak Perpustakaan pula, kami mengharapkan penantian pelanggan selama ini terbalas dengan tampilnya PHS 1 berwajah baharu. Semoga ianya dapat meningkatkan tahap kepuasan pelanggan disamping menggalakkan para pelanggan berkunjung ke Perpustakaan pada masa hadapan.

Jemputlah berkunjung ke Perpustakaan hari ini. Kami senantiasa menanti kehadiran semua dengan hati yang ceria dan tangan terbuka..

20131223_162156 20131223_162232 20131223_162313 20131223_162552 20131223_162715

 

Perpustakaan USM anjur Perpun International Conference

28 – 29 Okt 2013 – Perpustakaan Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama USAINS Holdings Sdn Bhd telah berjaya menganjurkan “The 3rd PERPUN International Conference :  Strategic Library Services” , bertempat di Bayview Hotel Georgetown,Penang Persidangan yang dihadiri oleh 88 orang peserta ini merupakan satu platform yang mengumpulkan semua Pustakawan dari IPTA/IPTS di dalam dan luar negara untuk berkongsi  ilmu serta input terkini dalam memperkasakan bidang kepustakawanan disamping mengetengahkan keperluan perkhidmatan perpustakaan.

PERPUN merupakan forum kerjasama dalam kalangan Ketua-Ketua Pustakawan dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Antara perkara yang dibincangkan dalam forum ini adalah mengenai pewujudan rangkaian perpustakaan elektronik di institusi pengajian tinggi, perkhidmatan maklumat terkini secara elektronik antara perpustakaan akademik Malaysia dan skim perolehan bahan secara usahasama.

Fokus perbincangan dalam persidangan ini berkisar tentang topik-topik berikut:

Session 1 Defining New Services
Session 2 Sharing the Glory of Being the top 10 University in Asia University Ranking 2013
Session 3 (FORUM): Practice Guidelines to Best Practices: Curriculum Design and Recognition
Session 4 Research Support Services : Role of Library Professional
Session 5 Future Library Services

Persidangan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar ) Prof. Dr. Adnan Hussien yang juga merupakan penyampai ucaptama 1 yang berjudul The New Demand on Academic Libraries. Manakala ucaptama 2 berjudul Connecting Library with Stakeholder Demands disampaikan oleh Prof. Datuk Amir Hussin Baharudin, Profesor Ekonomi, UUM.

Peserta juga berpeluang mengikuti pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh 13 orang pembentang jemputan dari dalam dan luar negara termasuk pembentangan daripada pihak pembekal maklumat yang juga penaja utama Persidangan:

BIL. NAMA/JAWATAN
Prof. Dr. Adnan Hussin, Timbalan Naib Canselor (HEPP)  USM
Prof. Datuk Amir Hussin Baharudin (PhD),Profesor Ekonomi, Universiti Utara Malaysia (UUM)
Dr. Nor Edzan Che Nasir,Ketua Pustakawan,  Universiti Malaya
Puan Kamariah Nor Mohd. Desa,Ketua Pustakawan ,  Universiti Teknologi Malaysia
En. Azhar Mohd. Nor,Ketua Pustakawan , PETRONAS Petroleum Centre
Mr. Peter E. Sidorko,University Librarian, University of Hong Kong
Mr. Soo Sit Chuan,Senior Director Malaysian Qualification Agency (MQA)
Dr. Aishah Abu Bakar,PengarahBahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, Ministry of Education Malaysia (MOE)
Prof. Dato’ Ir Dr Hassan bin Basri,Representation of EAD-BEMEngineering Accreditation Department (EAD) –Board of Engineers Malaysian (BEM) 
Prof. Datuk Dr. Asma Ismail,Naib Canselor,Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Encik  Mohd Nasir Hj Md. Rashid,Timbalan Ketua Pustakawan, Universiti Sains Malaysia
Mr. Choy Fatt Cheong,University Librarian,Nanyang Technological University, Singapore
Dr. Hj. Awg. Suhaimi Hj. Abdul Karim,Ketua Pustakawan,Universiti Brunei Darussalam
Information Providers:

  • Thompson Reuters
  • Taylor & Francis
  • Wiley
  • Elsevier