Wajah Baharu PHS

Melangkah kaki ke dalam Perpustakaan terasa begitu berbeza kali ini disebabkan oleh wajah baru kontemporari yang ditampilkan di bangunan baharu Perpustakaan Hamzah Sendut. Sejuk mata memandang persekitaran baharu yang tampak elegan dengan susun atur perabot yang menarik. Suasana santai jelas terlihat di sini ketika pelanggan bebas memilih untuk mengulangkaji atau berdiskusi di ruang bacaan yang terdapat di setiap tingkat.

Pada tanggal 3.3.2011, bangunan baharu yang dinamakan Perpustakaan Hamzah Sendut telah dirasmikan oleh Naib Canselor USM,  Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak. Bangunan baharu ini berkeluasan 12,760.50 meter persegi dan setinggi 5 tingkat ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelanggan termasuklah bilik bacaan 24 jam, 20 bilik karel, 5 bilik perbincangan, surau, ruang bacaan, ruang komputer riba dan makmal komputer.

Diharapkan bangunan ini akan membuka lembaran baharu dalam menarik minat pelanggan untuk berkunjung ke sini seterusnya memanfaatkan kemudahan yang disediakan dalam memartabatkan kajian dan pembelajaran di Universiti APEX.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s