Lawatan IKM ke PHS

Perpustakaan Hamzah Sendut,11 Mei 2011- Sejumlah 25 orang staf dan pelajar dari Institut Kemahiran Mara, Sg. Petani, Kedah telah melawat Perpustakaan. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk memenuhi keperluan Perpustakaan IKM dalam mempelajari selok-belok dalam menguruskan Perpustakaan.

Pertemuan dimulai dengan taklimat dan pembentangan oleh Pihak PHS yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan (Perancangan & Pengurusan Sumber), En. Mohd  Idris Hj. Ali. Turut serta dalam program ini ialah En. Ali Abd Rahim, Timbalan Ketua Pustakawan (Perkhidmatan), Pn Radia Banu Jan Mohamad (Ketua Bahagian, Bahagian Perhubungan Pelanggan), En. Mohd Kamal Mohd Napiah, En Muhamad Firdaus Che Seman dan En Noor Azman Vijay Abdullah.

Kemudian, pengunjung disajikan dengan minuman ringan sebelum dibawa melawat ke sekitar Perpustakaan. Rata-rata pengunjung melahirkan rasa gembira kerana berpeluang untuk melihat persekitaran Perpustakaan yang menarik dan kondusif terutamanya bangunan baharu Perpustakaan.

Semoga lawatan IKM kali ini membawa erti dan faedah yang berguna untuk diaplikasikan sekembalinya mereka ke Sg Petani kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s