Kembara ke Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

26 Julai 2011 (Selasa) – Pada hari ini kami berpeluang menjejakkan kaki ke Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM untuk suatu program Taklimat Kembara bertujuan mempromosikan perkhidmatan Perpustakaan kepada pelanggan.

Kembara pada kali menampilkan 3 orang pustakawan rujukan; En Hamdan Hassan, Pn Noor Anisah Khadiri & En Mohd Ikhwan Ismail, wakil Bahagian Perolehan En Musa Mohamed Ghazali, serta wakil Bahagian Perhubungan Pelanggan En Mohd Kamal Mohd Napiah.

Program tersebut meliputi taklimat promosi Perpustakaan, literasi maklumat, endnote, impact factor & sesi sol jawab. Peserta melahirkan rasa puas hati kerana berpeluang mendengar kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan melangkaui jangkaan mereka selama ini.

Terima kasih kepada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan atas sambutan hangat yang diberikan. Kepada Pusat-Pusat Pengajian lain yang ingin menjemput kami berkunjung ke organisasi Tuan/Puan, amatlah dialu-alukan. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan..

This slideshow requires JavaScript.

Leave a comment