Lawatan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

24 Ogos 2011 (Rabu) – Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Hamzah Sendut dalam usaha untuk mempelajari selok-belok pengurusan Perpustaan.  Lawatan ini diadakan kerana SPPP dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah perpustakaan sendiri. Justeru, pihak PHS amat berbesar hati untuk memberikan tunjuk ajar dan panduan demi merealisasikan usaha tersebut.

Majlis dimulakan dengan taklimat Perpustakaan oleh Pn Radia Banu Jan Mohamad. Kemudian, pelawat dibawa melihat Bahagian Automasi dan diberi taklimat ringkas mengenai fungsi bahagian, termasuklah informasi tentang projek pendigitisan yang dijalankan. Seterusnya mereka dibawa ke bahagian Malaysiana & Arkib dan Bahagian Rujukan & Penyelidikan, lantas berpeluang mendengar taklimat tentang fungsi bahagian-bahagian tersebut.

Semoga pihak SPPP mendapat manfaat daripada lawatan tersebut.  Pihak PHS mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat kami.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s