Majlis Berbuka Puasa PHS

7 Ogos 2012 – Angkatan Seni dan Sukan Perpustakaan (ASTAKA) telah berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa untuk tahun 2012. Majlis tahunan ini telah diadakan di foyer bangunan baharu Perpustakaan Hamzah Sendut. 

Meriah, ce
ria dan mesra, itulah yang dapat disimpulkan mengenai majlis berbuka puasa yang diadakan pada kali ini. Majlis kali ini mendapat sambutan yang agak baik dengan tetamu yang hadir mencecah angka 50 orang dan para tetamu yang hadir adalah terdiri daripada staf-staf perpustakaan dan keluarga masing-masing. 

Pelbagai juadah yang tersedia untuk para tetamu, ada yang disediakan oleh pihak USM, ASTAKA dan tak kurang pula juadah yang disumbangkan sendiri oleh tetamu yang secara langsung memeriahkan lagi suasana. Antara menu yang tersedia adalah nasi berlaukkan ayam masak lemak cili padi, sayur campur dan daging masak kicap disamping pelbagai juadah sampingan seperti kuih dan lain-lain. Selain itu, pihak ASTAKA turut berbesar hati kerana mendapat pelbagai sumbangan juadah antaranya adalah 400 cucuk sate dan roti jala.


Rata-rata tetamu yang hadir melahirkan rasa puas hati dengan majlis yang diadakan dan ramai yang bersetuju bahawa majlis seperti ini harus diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang kerana acara seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara staf, malah dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan staf perpustakaan. Ini dapat dilihat pada majlis kali ini dengan hampir semua staf terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk melancarkan perjalanan majlis. 


Pihak ASTAKA merakamkan jutaan terima kasih kepada semua staf perpustakaan yang sentiasa memberi sambutan dan sokongan kepada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Laporan oleh: Meor Mohd Arafat Bin Mohamad Shahini (Presiden ASTAKA)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s