MyPHS: Jom ke Perpustakaan kembali lagi

11 & 12 Sep 2012 -Kemeriahan sambutan pelajar baharu oleh Perpustakaan Hamzah Sendut diserikan dengan program ‘MyPHS: Jom ke Perpustakaan’ yang diadakan di foyer, PHS 1. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan bertujuan merapatkan hubungan dengan para pelanggan terutamanya pelajar-pelajar baharu.

Aktiviti ‘like facebook Perpustakaan’ mendapat sambutan yang amat menggalakkan termasuklah oleh Naib Canselor USM yang berkunjung ke kaunter Perpustakaan pada hari pertama. Selain itu, pelanggan boleh mendaftar untuk menyertai aktiviti Jom Cari Maklumat@Perpustakaan dan menyertai lawatan ke Perpustakaan.

Pada 11 September, suatu majlis pelancaran perkhidmatan pinjaman Komputer Tablet telah dilancarkan oleh Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman. Di samping itu, Naib Canselor turut meluangkan masa untuk melawat pameran mini  My PHS: 1969-2012 yang menampilkan sejarah Perpustakaan USM dari dahulu sehingga kini.

Nantikan kemunculan kami pada hari bersama pelanggan yang akan datang!

Leave a comment