Tahniah kepada Kumpulan C-FAR

 

 

19 September 2012 – Kumpulan KIK dari Perpustakaan Kejuruteraan USM yang dikenali sebagai C-FAR  telah memenangi  tempat ke-3 pada Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia ke-4 tahun 2012 bagi kategori Teknikal. Konvensyen ini telah diadakan pada 18 dan 19 September 2012 bertempat di Hotel Permai, Kuala Terengganu yang  telah  dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.

Konvensyen ini melibatkan 17 kumpulan yang bertanding terdiri dari Perpustakaan-Perpustakaan Awam dan juga Akademik. Selain kumpulan C-FAR, antara kumpulan lain yang turut bertanding ialah Titanium, Paradigma, Spektrum, KL LIB, R.E.A.D, WAVE ICQ,  Tuah, Vitalize, X-Tra Ordinary, 5K, Intelek 2.0, Q-LIB, Smart Layer, Bibliotera, Elite 10 dan Lentera. Kumpulan C-FAR telah membentangkan tajuk “Mengurangkan Kadar Kerosakan Buku di Perpustakaan Kejuruteraan” . Ini adalah penyertaan pertama kumpulan ini di  peringkat  kebangsaan. Trofi kemenangan telah disampaikan oleh Naib Yang DiPertua II Persatuan Pustakawan Malaysia, Puan Maimunah Abd. Kadir .

Kejayaan penyertaan kali pertama ini telah menyuntik semangat ahli kumpulan untuk meningkatkan lagi prestasi untuk penyertaan yang akan datang disamping membantu dalam meningkatkan inovasi dan prestasi perkhidmatan di Perpustakaan USM.

Laporan oleh: Mohd Jamil Kasim, Perpustakaan Kejuruteraan USM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s