Shahnon Ahmad diraikan di PHS

8-13 Okt 2012 – Sasterawan Negara, Prof. Dato’ Shahnon Ahmad diraikan di Perpustakaan melalui pelbagai program yang dibawakan khas sebagai menghargai sumbangan beliau selama ini terutama dalam memartabatkan sastera dan budaya. Program yang diadakan ini dijayakan dengan kerjasama Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, DBP, Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Penerbit USM dan PTPM.

Pada 8 Okt 2012, Majlis Perasmian Pameran ‘Shahnon Ahmad dalam Media’ & Persidangan ‘Shahnon Ahmad dalam Sastera, Budaya dan Media’ serta pelancaran e-buku ‘Mahabbah’ telah berlangsung di PHS. Majlis diserikan dengan kehadiran Shahnon Ahmad disertai oleh Naib Canselor USM Prof. Dato’ Omar Osman.

Pameran bertajuk ‘Shahnon Ahmad dalam Media’ dibuka untuk tatapan umum bermula 8-13 Oktober 2012 bertempat di ruang pameran, PHS 1. Pelbagai informasi tentang sasterawan negara ini dipamerkan termasuklah buku-buku karya beliau dan barangan peribadi  seperti baju yang digunakan ketika menerima gelaran Sasterawan Negara beserta songkok, buku-buku nota dan surat-surat.

Pada 11 Oktober 2012 pula, forum yang menampilkan tiga orang ahli panel Seniwati Dato’ Sarimah Ahmad, Prof. Dr Sohaimi Abdul Aziz dan En. A. Wahab Hamzah telah diadakan dibawah tajuk ‘ Seniwati Sarimah Ahmad dalam filem Ranjau Sepanjang Jalan’.  Prof. Dato’ Dr Md. Salleh Yaapar telah diamanahkan sebagai moderator pada forum tersebut.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga usaha seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Pameran Maya : pameranshahnonahmad.wordpress.com

Facebook: www.facebook.com/ShahnonAhmadLamanRasmiPeminat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s