Kemeriahan PHS sepanjang April, Mei dan Jun

Walaupun PHS sedang rancak melalui fasa pengubahsuaian dan pendawaian semula di bangunan PHS 1, aktiviti-aktiviti perpustakaan dilihat meriah dengan pelbagai acara;

19 Apr 2013 – ADWAVE 2013 membawakan Minggu Bottom Billion USM dianjurkan oleh Pusat Pengajian Komunikasi USM dengan kerjasama Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS). Program ini berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai aktiviti merangkumi topik berkaitan golongan terkebawah. Diantara aktiviti yang dijalankan seperti pameran, ceramah, kuiz dan tayangan filem bertempat di Perpustakaan Hamzah Sendut.

15 Mei 2013 – Jawatankuasa Kempen Membaca, PHS dengan kerjasama Pusat Islam dan Kor Sukarelawan USM telah menjayakan PHS@Tadika Lestari Ilmu, sebuah program berbentuk Hari Terbuka dengan pelbagai aktiviti menarik khas untuk adik-adik pelajar Tadika Lestari Ilmu, Pusat Islam USM.

Program ini yang merupakan program fasa ke-2 selepas aktiviti gotong royong pada 27-28 Mac 2013 yang membawa visi menceriakan warga tadika melalui aktiviti senam seni,cheer loud,kuiz dan mewarna,seterusnya mengambil peluang memperkenalkan Perpustakaan dengan wajah baharu kepada khalayak yang hadir.

IMG_8119IMG_8039IMG_8152

17 Mei 2013- PHS terus dikunjungi oleh para pelawat luar yang berminat untuk melihat serta bertukar pandangan tentang pengurusan dan perkhidmatan yang ditawarkan di sini. Seramai 22 orang pensyarah dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana telah melawat PHS. Seperti biasa, pelawat dibawa melawat sekitar perpustakaan dan diakhiri dengan sesi bertukar pandangan dan idea yang turut disertai oleh Ketua Pustakawan dan pustakawan-pustakawan yang terlibat.

uitm

Pada tarikh 20 Mei 2013, PHS telah menerima pula lawatan dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei seramai 7 orang delegasi dengan diketuai oleh Penolong Rektor, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal. Kolej yang baru ditubuhkan ini berhasrat untuk mempelajari selok-belok pengurusan perpustakaan dari USM seterusnya mengaplikasikannya di perpustakaan baharu mereka.

brunei

Kemudian pada tanggal 5 Jun 2013,sebilangan 31 orang staf Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, UiTM Perlis telah meluangkan masa mengunjungi PHS dalam rangka bertukar idea dan pengalaman masing-masing dalam menguruskan gedung ilmu. Rombongan UiTM ini diketuai oleh En Abdul Rashid Hj Abdullah, Timbalan Ketua Perpustakaan.

PHS amat berbesar hati dapat menerima dan berkongsi pengalaman dengan para pelawat yang sudi mengunjungi perpustakaan ini. Yang pasti, setiap perpustakaan itu mempunyai kelebihan dan pengalaman yang tersendiri yang tidak bisa dirasai oleh organisasi lain. Pengalaman yang samada dikongsi bersama atau ianya tersimpan dalam lipatan sejarah.

22 Mei 2013 – Kemeriahan di PHS diteruskan dengan aktiviti Like myPHS. Program ini adalah acara turun padang ke-3 Perpustakaan untuk bertemu dengan pelanggan di luar sana. Pada kali ini, Pusat Pengajian Pengurusan telah dipilih sebagai lokasi. Pastinya respon yang diterima di sini sedikit berbeza kerana ianya merupakan sebuah pusat pengajian, justeru kami memfokuskan usaha kepada para pensyarah, staf pentadbiran dan pelajar fakulti tersebut.

Walaupun program disini menunjukkan penurunan statistik pengunjung dan sirkulasi, namun didapati ia berjaya mewujudkan jaringan kerjasama yang baik di antara Perpustakaan dan Pusat Pengajian Pengurusan secara khusus. Ia telah meningkatkan kesedaran tentang kewujudan Perpustakaan sebagai sebuah sistem sokongan utama kepada aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan serta membuktikan komitmen yang sangat tinggi oleh Perpustakaan  dalam menyediakan perkhidmatan terbaik melalui aktiviti ‘outreach’ untuk komuniti APEX.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s