PHS@Al Itqan

25 & 26 Mac 2014 – Perpustakaan Hamzah Sendut melebarkan bakti kepada masyarakat luar USM pada kali ini di Sekolah Rendah Al Itqan, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Sekolah ini merupakan sekolah agama swasta yang menyediakan kemudahan pendidikan agama dan lain-lain subjek kepada bukan sahaja pelajar di Pulau Pinang, malahan pelajar dari negeri-negeri lain.

Program ini telah dijayakan oleh Jawatankuasa Kempen Membaca PHS dengan kerjasama Jawatankuasa Hari Bersama Pelanggan PHS. Seramai 20 orang staf PHS dengan dibantu oleh guru-guru sekolah telah berkampung selama dua hari di sini bagi menjayakan aktiviti tersebut. Seperti biasa, kumpulan akan dibahagi kepada dua iaitu kumpulan keceriaan (cat, mural dan susun atur) dan kumpulan sistem (pembangunan sistem dan pengkatalogan buku.

Secara keseluruhan, program ini telah berjalan lancar dengan bantuan dan sokongan pihak pengurusan tertinggi PHS dan Sekolah Rendah Al Itqan. Walaupun keseluruhan proses pengkatalogan buku tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat ini, namun latihan telah diberikan kepada guru perpustakaan sekolah berkenaan supaya proses pengkatalogan buku dapat diteruskan secara beransur-ansur.

Sistem perpustakaan yang digunakan di sekolah berkenaan telah dibangunkan bersesuaian dengan keperluan sekolah untuk memudahkan urusan rekod sirkulasi dan inventori bahan. Sistem yang beroperasi secara atas talian ini akan turut memudahkan pihak PHS memantau aktiviti pengkatalogan dan sirkulasi yang berlangsung di perpustakaan berkenaan. Selepas ini, diharapkan warga sekolah lebih bersemangat untuk memanfaatkan perpustakaan dengan wajah baharu yang lebih ceria disamping sistem pinjaman dan pemulangan buku yang lebih sistematik.

Harapan kami di PHS agar pihak sekolah dapat memaksimumkan penggunaan perpustakaan sekolah serta menjayakan agenda kami untuk membantu membangunkan lain-lain perpustakaan yang memerlukan terutamanya di sekitar pulau mutiara ini.

itqan3 itqan itqan2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s