PHS terbang ke Kemboja

4-8 April 2014 – Setelah beberapa siri program jaringan masyarakat yang dijayakan oleh PHS seperti PHS@Chemor, PHS@Koperasi Tadika Minden, PHS@Tadika Lestari Ilmu dan PHS@Al Itqan, kini tiba masanya PHS melebarkan sayapnya ke luar negara atas misi yang sama. Kemboja telah dipilih sebagai lokasi seterusnya memandangkan sebahagian daripada Pustakawan PHS berada di sana pada 1-3 April 2014 untuk menghadiri mesyuarat Asean University Network Inter-Library Online (AUNILO). Justeru, peluang ini diambil demi menjayakan misi yang diberi nama PHS@Kemboja: reaching the bottom billions.

Seramai 10 orang staf PHS telah menyertai misi ini dengan objektif utamanya membangunkan perpustakaan di salah sebuah sekolah di Kampung Poti In, Kampong Cham, Kemboja. Misi ini tidaklah semudah yang disangka kerana kami perlu membawa sendiri 132 bahan bacaan dari Malaysia untuk ditempatkan di perpustakaan tersebut. Tambahan pula, sebaik tiba di Phnom Penh pada hari pertama, kami terus bergegas membeli rak buku untuk perpustakaan tersebut dan kemudian mengangkutnya sejauh 3 jam perjalanan ke kampung Poti In melalui jalan yang berliku.

Setibanya di Kampung Poti In, kami disambut meriah oleh penduduk kampung yang turut mengadakan kenduri akikah pada hari tersebut. Peluang bermalam di rumah ketua kampung merupakan pengalaman yang sukar dilupakan disamping berpeluang mempelajari budaya masyarakat setempat yang nyata tidak jauh bezanya dengan budaya masyarakat Melayu di Malaysia.

Aktiviti kami berlangsung di Sekolah Agama An Nikmah, Kampung Poti In yang mempunyai lebih kurang 300 orang pelajar. Untuk misi membangunkan perpustakaan, kami telah memasang 2 buah rak buku dan mengkelasifikasikan 132 naskhah buku mengikut tema yang bersesuaian untuk disusun di rak. Gotong-royong membersihkan perpustakaan juga dijalankan dengan bantuan para guru dan pelajar sekolah berkenaan.

Selain misi membangunkan perpustakaan, pihak PHS turut mengambil peluang mengumpul dana untuk memwujudkan perigi dan pam air yang sememangnya menjadi keperluan utama penduduk kampung. Bayangkanlah kesusahan mereka yang terpaksa menjalani rutin harian tanpa adanya sistem paip air, maka pembinaan perigi dan pam air bersih merupakan suatu nikmat yang amat disyukuri. Alhamdulillah, sebanyak 33 perigi dan pam air telah dihadiahkan kepada penduduk kampung hasil sumbangan dari Malaysia.

Misi ini sekadar sebuah permulaan dan sudah pasti ia tidak berakhir disini, bahkan PHS akan terus berusaha mendapatkan dana untuk menambahbaik perpustakaan tersebut selain menambah koleksi sedia ada dari masa ke semasa. Sokongan semua amatlah diharapkan demi membantu golongan yang amat memerlukan.

20140405_140033 20140406_110406 20140406_082117 20140405_134820 20140406_120129 IMG-20140410-WA0023 IMG-20140410-WA0010 IMG-20140404-WA0032

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s