ahlan wa sahlan pelajar baharu USM

Ahlan wa sahlan / selamat datang diucapkan kepada para pelajar baharu USM yang baru mendaftarkan diri di kampus tercinta ini. Perpustakaan Hamzah Sendut turut berpeluang untuk bertemu dengan pelajar-pelajar terbabit melalui taklimat perpustakaan yang berlangsung sepanjang September 2013.

Pada 1 September, PHS telah meluangkan masa bersama lebih kurang 300 pelajar pasca-siswazah dan pelajar pertukaran antarabangsa bertempat di SK4, USM. Seperti biasa, program dimulakan dengan video montaj dan video korporat PHS diikuti sedikit taklimat tentang perubahan yang berlaku di perpustakaan terutama yang melibatkan proses ubahsuai yang sedang berlangsung di PHS 1.

Kemudiannya pada 5 September 2013, PHS mengalu-alukan pula lebih kurang 3223 pelajar ijazah pertama bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra. Dan keesokan harinya, seramai 130 orang pelajar pertukaran antarabangsa telah berkunjung ke bangunan PHS untuk merasai sendiri pengalaman dan suasana kondusif di dalam perpustakaan.

Sebagai para pelajar baharu, sememangnya mereka amat bersemangat untuk memulakan proses menuntut ilmu di sini, justeru diharapkan semangat ini akan terus dikekalkan sehingga mereka melangkah keluar dengan segenggam ijazah di tangan beserta sepenuhnya ilmu di dada. Selamat Maju Jaya!

new student briefingnew student briefing 2

 

Advertisements

Selamat datang pelajar PPJJ

16 Ogos 2013 (Jumaat) – PHS berpeluang bertemu dengan para pelajar baharu Pusat Pengajian Jarak Jauh yang mula mendaftarkan diri di USM sejak minggu ini. Taklimat Perpustakaan yang berlangsung dalam dua sesi telah berlangsung pada sebelah pagi di Dewan Tuanku Syed Putra.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, En Ali Abd Rahim dan diikuti oleh tayangan video korporat Perpustakaan. Seterusnya, taklimat khas oleh Unit Pendidikan Jarak Jauh telah disampaikan oleh Ketua Unit, En Noorazilan Nordin. Akhirnya, Bahagian Rujukan dan Penyelidikan mengambil tempat untuk memberi taklimat pencarian maklumat di Perpustakaan.

Diharapkan para pelajar baharu yang terlibat mendapat manfaat daripada pertemuan ini terutama dalam memahami kaedah-kaedah yang betul untuk mendapatkan bahan perpustakaan dengan mudah dan cepat.

Selamat Maju Jaya..

IMG_9217 IMG_9208 IMG_9211 IMG_9215

IFLA ke PHS

15 Ogos 2013 (Khamis) – PHS amat bertuah kerana telah dikunjungi oleh Rebecca B. Vargha (IFLA Standing Committee Members (2011-2015) – Statistics and Evaluation Section) yang berkunjung ke Malaysia dalam rangka untuk menghadiri IFLA World Library and Information Congress  (79th IFLA General Conference and Assembly) yang akan berlangsung di Singapura pada tanggal 17-23 Ogos 2013.

Lawatan singkat beliau di Malaysia telah dimanfaatkan oleh PHS untuk menganjurkan sesi perkongsian ilmu di bawah tajuk ‘Competence of Future Librarian’, bertempat di Dewan Kuliah I, USM. Walaupun masa yang diperuntukkan amat singkat (2.30 – 4.30 petang) , namun peluang berharga ini digunakan sepenuhnya untuk menimba pengetahuan selain bertukar-tukar pandangan dengan beliau.

Kehadiran tetamu lebih kurang 80 orang yang terdiri daripada pustakawan USM, Unimap, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Disted College serta para pelajar  dan pensyarah UiTM telah memeriahkan lagi sesi ini.

Rebecca B. Vargha yang hadir bersama suami beliau merupakan seorang pustakawan yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang ini, tambahan pula beliau turut mengajar dan menjalankan projek bersama sektor korporat. Maka tidak hairanlah beliau mampu memberikan input-input yang amat berguna dalam sesi ini.  Menurut beliau, pustakawan masa hadapan perlu jelas dengan kehendak semasa para pelanggan yang sentiasa berubah dan mencabar. Kebanjiran teknologi baharu yang hadir dalam bidang maklumat tidak seharusnya menakutkan pustakawan, malah ia wajar dijadikan kelebihan untuk membantu pustakawan untuk memberi perkhidmatan dengan lebih berkesan.

Ketika ditanya bagaimana beliau mendapat kekuatan dan motivasi untuk menjalankan tugas serentak sebagai pustakawan, ahli akademik dan menyumbang sebagai AJK IFLA, beliau sekadar menjawab itu adalah minat beliau dan beliau gembira melakukannya.

Mungkin itulah diantara kunci kejayaan seorang pustakawan, selagi ada MINAT dan GEMBIRA menjadi seorang pustakawan!

IMG_9195 IMG_9175 IMG_9180 IMG_9182 IMG_9186

 

Kemeriahan PHS sepanjang April, Mei dan Jun

Walaupun PHS sedang rancak melalui fasa pengubahsuaian dan pendawaian semula di bangunan PHS 1, aktiviti-aktiviti perpustakaan dilihat meriah dengan pelbagai acara;

19 Apr 2013 – ADWAVE 2013 membawakan Minggu Bottom Billion USM dianjurkan oleh Pusat Pengajian Komunikasi USM dengan kerjasama Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS). Program ini berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai aktiviti merangkumi topik berkaitan golongan terkebawah. Diantara aktiviti yang dijalankan seperti pameran, ceramah, kuiz dan tayangan filem bertempat di Perpustakaan Hamzah Sendut.

15 Mei 2013 – Jawatankuasa Kempen Membaca, PHS dengan kerjasama Pusat Islam dan Kor Sukarelawan USM telah menjayakan PHS@Tadika Lestari Ilmu, sebuah program berbentuk Hari Terbuka dengan pelbagai aktiviti menarik khas untuk adik-adik pelajar Tadika Lestari Ilmu, Pusat Islam USM.

Program ini yang merupakan program fasa ke-2 selepas aktiviti gotong royong pada 27-28 Mac 2013 yang membawa visi menceriakan warga tadika melalui aktiviti senam seni,cheer loud,kuiz dan mewarna,seterusnya mengambil peluang memperkenalkan Perpustakaan dengan wajah baharu kepada khalayak yang hadir.

IMG_8119IMG_8039IMG_8152

17 Mei 2013- PHS terus dikunjungi oleh para pelawat luar yang berminat untuk melihat serta bertukar pandangan tentang pengurusan dan perkhidmatan yang ditawarkan di sini. Seramai 22 orang pensyarah dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana telah melawat PHS. Seperti biasa, pelawat dibawa melawat sekitar perpustakaan dan diakhiri dengan sesi bertukar pandangan dan idea yang turut disertai oleh Ketua Pustakawan dan pustakawan-pustakawan yang terlibat.

uitm

Pada tarikh 20 Mei 2013, PHS telah menerima pula lawatan dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei seramai 7 orang delegasi dengan diketuai oleh Penolong Rektor, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal. Kolej yang baru ditubuhkan ini berhasrat untuk mempelajari selok-belok pengurusan perpustakaan dari USM seterusnya mengaplikasikannya di perpustakaan baharu mereka.

brunei

Kemudian pada tanggal 5 Jun 2013,sebilangan 31 orang staf Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, UiTM Perlis telah meluangkan masa mengunjungi PHS dalam rangka bertukar idea dan pengalaman masing-masing dalam menguruskan gedung ilmu. Rombongan UiTM ini diketuai oleh En Abdul Rashid Hj Abdullah, Timbalan Ketua Perpustakaan.

PHS amat berbesar hati dapat menerima dan berkongsi pengalaman dengan para pelawat yang sudi mengunjungi perpustakaan ini. Yang pasti, setiap perpustakaan itu mempunyai kelebihan dan pengalaman yang tersendiri yang tidak bisa dirasai oleh organisasi lain. Pengalaman yang samada dikongsi bersama atau ianya tersimpan dalam lipatan sejarah.

22 Mei 2013 – Kemeriahan di PHS diteruskan dengan aktiviti Like myPHS. Program ini adalah acara turun padang ke-3 Perpustakaan untuk bertemu dengan pelanggan di luar sana. Pada kali ini, Pusat Pengajian Pengurusan telah dipilih sebagai lokasi. Pastinya respon yang diterima di sini sedikit berbeza kerana ianya merupakan sebuah pusat pengajian, justeru kami memfokuskan usaha kepada para pensyarah, staf pentadbiran dan pelajar fakulti tersebut.

Walaupun program disini menunjukkan penurunan statistik pengunjung dan sirkulasi, namun didapati ia berjaya mewujudkan jaringan kerjasama yang baik di antara Perpustakaan dan Pusat Pengajian Pengurusan secara khusus. Ia telah meningkatkan kesedaran tentang kewujudan Perpustakaan sebagai sebuah sistem sokongan utama kepada aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan serta membuktikan komitmen yang sangat tinggi oleh Perpustakaan  dalam menyediakan perkhidmatan terbaik melalui aktiviti ‘outreach’ untuk komuniti APEX.

Like myPHS 2.0

25 April 2013 ( Khamis) – Like myPHS kali ke-2 telah diadakan di Kafetaria Bakti, Desasiswa Bakti Permai, USM dengan jayanya. Pada kali ini, tumpuan pelanggan sedikit berbeza memandangkan ianya dijalankan di kantin pelajar. Jika progam sebelum ini di Bangunan Canselori memfokuskan kepada pelanggan dalam kalangan staf, namun pada kali ini ia terbuka kepada pelanggan  yang berkunjung ke kantin untuk menjamu selera.

Like myPHS telah mempamerkan sebanyak 64 buku, 43 bahan media dan 14 bahan bersiri. Sebilangan lebih kurang 313 orang pelanggan yang terdiri daripada pelajar dan staf telah menyertai program ini.  Sebanyak 15 naskhah buku dan 18 bahan media telah dipinjam sepanjang program berlangsung. Manakala 29 buah buku pula telah dipulangkan. Sebahagian bersar pelanggan yang berkunjung ke sini mengambil peluang untuk mendapatkan diskaun denda lewat pemulangan sehingga 70%.

Semoga para pelanggan yang berkunjung ke booth PHS berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan. Sebarang idea dan cadangan bolehlah dipanjangkan kepada radia_banu@usm.my . Moga bertemu lagi pada program outreach yang akan datang di lokasi yang baharu dengan aktiviti yang lebih menarik.

IMG_7926 IMG_7912

 

IMG_7928 IMG_7940 IMG_7949 IMG_7950 IMG_7954 IMG_7975

Like myPHS..pelanggan kami dekati

20 Mac 2013 (Rabu) – Skuad Pelanggan melangkahkan kaki keluar dari Perpustakaan dengan menganjurkan program ‘Like myPHS’ ; sebuah inisiatif untuk membawa Perpustakaan mendekati para pelanggan.

Pada kali ini, skuad berkunjung ke Bangunan Canselori dengan fokus diberikan kepada pelanggan luaran yang kurang berkesempatan untuk berkunjung secara fizikal ke Perpustakaan. Jika sebelum ini pelanggan perlu meluangkan masa untuk berkunjung ke Perpustakaan, namun kali ini tidak lagi kerana kami yang akan meluangkan masa mengunjungi pelanggan di luar sana.

Program sehari ini membawakan pelbagai aktiviti menarik seperti diskaun denda 70%, pinjaman dan pemulangan buku, konsultasi rujukan dan penyelidikan, pameran bahan baharu (buku, majalah, media) dan derma buku. Nyata program yang baru pertama kali dijalankan ini mendapat sambutan yang amat baik berdasarkan jumlah berikut:

Jumlah beg/cenderamata diberikan kepada pengunjung : 200
Jumlah keahlian baharu : 8 orang
Jumlah pinjaman : 38 bahan
Jumlah pemulangan: 100 bahan
Jumlah buku didermakan: 361 buah

Rata-rata pengunjung melahirkan rasa teruja apabila mengetahui pihak Perpustakaan sudi mengunjungi mereka,malah membawa bahan bacaan yang bersesuaian dengan bidang tugas mereka.Peluang ini juga digunakan oleh sebahagian staf untuk bertanya soalan mengenai keahlian Perpustakaan di samping bertukar pandangan tentang bahan bacaan yang diminati. Turut sama mengunjungi kaunter pada hari tersebut ialah Prof Ahmad Shukri Mustapa Kamal (Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) dan Prof. Susie See Ching Mey (Timbalan Naib Canselor, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat).

Program ini akan menjelajah ke serata lokasi di Universiti Sains Malaysia pada tahun ini. Nantikan kemunculan kami berhampiran anda.
TNCIMG_7347IMG_7350IMG_7356IMG_7373IMG_7375IMG_7382IMG_7389IMG_7391IMG_7396IMG_7404IMG_7409IMG_7420IMG_7433IMG_7440IMG_7444IMG_7446IMG_7482IMG_7490IMG_7503

Tadika Lestari Ilmu…kami datang!

27-28 Mac 2013 –  Aktiviti jaringan masyarakat diteruskan di Tadika Lestari Ilmu, Pusat Islam USM. Pada kali ini, JKM telah menjalin kerjasama dengan Pusat Islam USM serta  12 orang pelajar dari Kor Sukarelawan USM.

Dua hari ini berlangsung dengan begitu pantas tatkala masing-masing sibuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Gotong-royong ini melibatkan 3 kumpulan; cat, mural dan sistem. Kumpulan cat fokus kepada urusan cat-mengecat dalam dan luar perpustakaan, kumpulan mural bertungkus lumus melukis dan menyiapkan mural di luar perpustakaan dan kumpulan sistem pula menyusun semula buku-buku mengikut kategori dan melakukan input maklumat buku ke dalam sistem.

Sebelum ini, buku-buku di perpustakaan tadika tidak dibenarkan dipinjam keluar atas pelbagai kekangan. Namun setelah wujudnya sistem perpustakaan yang sistematik, pihak pengurusan tadika bersetuju untuk memberi peluang kepada pelajar meminjam buku-buku untuk dibaca di rumah. Selain itu, kadar pinjaman bahan juga dapat direkodkan bagi mendapatkan gambaran sejauh mana pelajar berminat untuk membaca. Tambahan pula, dengan munculnya perpustakaan dengan wajah baharu yang lebih ceria dan segar diharapkan dapat menarik lebih ramai pengunjung memanfaatkan gedung ilmu ini.

Terima kasih kepada semua petugas yang bersemangat untuk menjayakan aktiviti ini. Walaupun usaha ini kecil, namun impaknya diharap berpanjangan.  Semoga bertemu lagi di program akan datang di Tadika Lestari Ilmu.

IMG_7656IMG_7602IMG_7608IMG_7611IMG_7613IMG_7617IMG_7621IMG_7625IMG_7633IMG_7631IMG_7651IMG_7639IMG_7635IMG_7653IMG_7656IMG_7600IMG_7579IMG_7577IMG_7584IMG_7593IMG_7572IMG_7568IMG_7573IMG_7571IMG_7563IMG_7536IMG_7543IMG_7534IMG_7560IMG_7533IMG_7529IMG_7520IMG_7504IMG_7523IMG_7507IMG_7514IMG_7658

Februari @ PHS

Sepanjang Februari 2013, beberapa aktiviti berbentuk lawatan ke Perpustakaan telah berlangsung. Pada 2 Februari, PHS telah menerima lawatan daripada 30 orang pelajar cemerlang pra-universiti ke USM. Pengajian mereka di USM kelak akan ditaja sepenuhnya oleh pihak MARA. Perjumpaan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai PHS, kemudiannya dibawa melawat sekitar Perpustakaan untuk melihat sendiri kemudahan yang ditawarkan kepada para pelanggan. Jelas tergambar keceriaan di wajah pelajar-pelajar ini disamping semangat yang berkobar-kobar untuk menuntut ilmu di sini kelak.

Image

 

Pada 25 Februari pula, PHS menerima lawatan dari West Visayas State University, Filipina.  Kedatangan 9 orang pegawai universiti ini disambut di bangunan baharu Perpustakaan. Mereka dibawa ke setiap tingkat bangunan untuk merasai keunikan PHS yang berkonsepkan kontemporari. Lawatan ke Bahagian Malaysiana & Arkib menyebabkan mereka begitu teruja untuk mengetahui tentang koleksi penting yang terdapat di sini terutamanya bahan-bahan nadir dan arkib,kebetulan pula terdapat buku berkenaan Jose Rizal dipamerkan di sini yang juga merupakan tokoh penting di Filipina.

Image

Pembuka Tirai 2013

Jan 2013 – Tahun baharu 2013 telah bermula dan pastinya PHS mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk semua staf dan para pelanggannya.

Tirai 2013 telah dibuka melalui beberapa lawatan penandaarasan oleh organisasi dalam dan luar negara. Pada tanggal 10 Jan 2013, 2 orang pegawai Perbadanan Bukit bendera, Pulau Pinang telah berkunjung ke PHS dalam rangka untuk mempelajari selok-belok pengurusan Perpustakaan. Lawatan ini berlangsung santai dimulai dengan taklimat pengenalan, diikuti lawatan berpandu sekitar Perpustakaan. Perbadanan Bukit Bendera yang dalam perancangan untuk mewujudkan sebuah pusat maklumat dan galeri berasa teruja melihat kemudahan yang disediakan di sini, dan diharapkan mereka mendapat idea untuk diaplikasikan di tempat mereka kelak.

bukit bendera visit

Berselang satu hari (12 Jan 2013) menyaksikan kedatangan para pelawat dari Negara Gajah Putih seramai 100 orang di kalangan para pensyarah dan pelajar ijazah lanjutan dari Universiti Prince of Songhkla, Universiti Chulalongkorn dan Universiti Siber Thailand.

thai visit

Kemudiannya pada 29 Jan 2013, sekumpulan 25 orang pelawat dari Universiti Maejo, Chiang Mai,Thailand pula berkunjung ke PHS. Mereka yang terdiri  daripada pensyarah dan perwakilan pelajar telah diberikan taklimat dan seterusnya dibawa melawat sekitar Perpustakaan.

maejo visit

Perpustakaan Hamzah Sendut senantiasa berbesar hati dan gembira atas kehadiran para pelawat yang tidak putus-putus atas dasar perkongsian idea dan  pengalaman dalam mencorakkan dunia keilmuan yang lebih signifikan.